Thursday, July 9, 2009

petempatan di malaysia

PENDUDUK MALAYSIA DAN PETEMPATAN
PETEMPATAN AWAL
Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal.
Petempatan awal yang masyhur ialah :
Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah
Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta
Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor
Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka
Gua Niah di Sarawak
Teluk Darvel di Sabah
Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu.
Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana :
Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk.
Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan yang mudah.
Mata pencarian -
Laut dan sungai membekalkan ikan.
Tanah lanar di lembah sungai sesuai untuk pertanian.
Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata
Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan mandi-manda.
TABURAN PENDUDUK
Penduduk di Malaysia berjumlah kira-kira 19.9 juta orang (1995).
Kira-kira 82% daripada jumlah penduduk tinggal di Semenanjung, 7% di Sabah dan 11% di Sarawak.
95% daripada penduduk Malaysia bertumpu di
dataran dan lembah sungai
kaki bukit
pinggir pantai
Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.
Kawasan-kawasan yang kepadatan penduduknya tinggi :
Lembah Kelang
Lembah Kinta
Dataran Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Perai
Delta Kelantan
Sekitar bandar-bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dsbnya.
Kawasan-kawasan yang penduduknya sederhana padat :
kawasan lembah Sg. Pahang dan Sg. Baram.
kawasan kaki bukit dan pantai tidak berpaya.
Rancangan kemajuan tanah seperti Segitiga Jengka, Pahang-Terengganu, Johor-Terengganu dan Kelantan Tengah.
Semenanjung Semporna, dataran pantai barat, lembah Sg. Kinabatangan, Dataran Keningau-Tambunan dan bandar Lahat Datu, Kudat dan Keningau di Sabah.
Lembah hilir Sg. Rajang, Sg. Oya dan Mukah serta bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah di Sarawak.
Kawasan-kawasan yang rendah kepadatan penduduknya, ialah :
Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Crocker.
Kawasan berpaya bakau dan air tawar.
Kawasan timur dan pedalaman Sabah.
Kawasan pedalaman terpencil di Sarawak.
Pantai barat Semenanjung Malaysi menjadi tumpuan penduduk kerana
Kawasan dataran lanar yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi.
Kawasan yang beralun dan kaki bukit yang bersaliran sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
Kaya dengan bijih timah.
Terdapat bandar-bandar besar dan pelabuhan yang baik.
Terdapat banyak pusat perindustrian.
Terdapat jaringan jalan raya dan keretapi yang baik.
POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA
Petempatan berpusat
Rumah bangunan yang tersusun rapat.
Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.
Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.
Petempatan berjajar atau linear
Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.
Petempatan berselerak
Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.
Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.
LINGKUNGAN PENGARUH
Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.
Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.
Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.
Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.
Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.
BANDAR-BANDAR UTAMA
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar
Lokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.
Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.
Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.
Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.
B. Jenis-jenis Lokasi bandar
Lokasi
Contoh bandar
Persimpangan jalan raya atau kereta api
Kuala LumpurGemas
Muara atau sungai
Kuala TerengganuKuantan
Persimpangan sungai
Kuala LumpurKuala Kangsar
Jambatan sungai
Tanjung MalimTemerloh
Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)
KangarJohor Bahru
Kaki bukit
TapahRaub
Pelabuhan
Pelabuhan Klang
C. Fungsi bandar
1. Sebagai Pusat pentadbiran
Kuala Lumpur
Alor Setar
George Town
Ipoh
Kuala Terengganu
Kota Kinabalu
Kuantan
Shah Alam
Seremban
Melaka
Johor Bahru
Kota Bharu
Kuching
2. Bandar Pelabuhan
Klang
Melaka
Johor Bahru
George Town
Kuantan
Kuching
Kota Kinabalu
3. Bandar Perlombongan
Bijih Timah :
Ipoh
Seremban
Kuala Lumpur
Petroleum :
Miri
Kerteh
Lutong
4. Bandar Pelancongan
Melaka
Cameron Highlands
P. Langkawi
P. Pangkor
5. Bandar Pertanian
Penanaman Padi :
Alor Setar
Tanjung Karang
Penanaman Getah :
Seremban
6. Bandar Perkilangan
Bayan Lepas
Ipoh
Perai
Johor Bahru
Kuantan
Kuala Lumpur
Petaling Jaya
Shah Alam
Kuching
Kota Kinabalu
7. Pusat Pengajian Tinggi
Kuala Lumpur
Bangi
Geogge Town
BANDARAYA DAN BANDAR
Kuala Lumpur
Terletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang.
Perkembangan bermula sebagai bandar perlombongan bijih timah.
Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
Ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia.
Pusat tumpuan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang.
Pusat perindustrian - Shah Alam, Petaling Jaya, dan Sg. Way.
Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan pasar besar, pasaran saham, bank, institusi kewangan, dan syarikat insurans.
Pusat pendidikan utama Malaysia - Universiti dan pusat pengajian swasta.
Pusat pelancongan - Muzium Negara, Zoo Negara, hotel bertaraf antarabangsa dan pusat beli-belah.
Pusat impot ekspot melalui Pelabuhan Klang
Johor Bahru
Terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pantai Selat Tebrau dan di tebing Sg. Segat.
Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
Ibu negeri, pusat pentadbiran negeri dan bandar diraja Johor Darul Takzim.
Pusat jalan raya, kereta api dan udara di bahagian selatan Semenanjung. Mem-punyai lapangan terbang Senai.
Pusat pelabuhan impot dan ekspot bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melalui pelabuhan Pasir Gudang.
Pusat perniagaan, pengumpulan dan pengedaran
Pusat perindustrian - Larkin, Tampoi dan Senai.
George Town
Terletak di daerah timur laut Pulau Pinang.
Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
Ibu negeri dan pusat pentadbiran PPinang.
Pusat jalan raya, mempunyai lapangan terbang antara bangsa Bayan Lepas. Dihubungkan dengan tanah besar Semenanjung melalui feri dan jambatan Pulau Pinang.
Pusat pengumpul dan pengedar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, kedah dan Perak.
Pusat pelabuhan yang mengendaikan ekspot dan impot bahagian utara Semenanjung Malaysia - pelabuhan kedua besar di Malaysia.
Pusat perindustrian - Bayan Lepas dan Mak Mandin.
Pusat pendidikan - USM, Maktab Perguruan dan pusat pengajian swasta.
Pusat pelancongan - pantai indah di Batu Ferringhi, bukit peranginan Bukit Bendera, hotel bertaraf antara bangsa, dan pusat beli-belah.
Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan seperti bank, institusi kewangan, syarikat insurans dan pelabuhan.
Kota Kinabalu
Terletak di dataran pantai barat Sabah.
Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sabah.
Pusat jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan bandar Kudat, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Papar. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.
Pusat perindustrian - Likas dan Kepayan.
Pusat pelabuhan utama Sabah - mengekspot kayu balak, getah, minyak kelapa sawit dan kuprum.
Pusat pengumpul dan pengedar bagi kawasan pedalamannya.
Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.
5. Kuching
Terletak di tebing kanan Sungai Sarawak kira-kira 30 km dari pantai Laut China Selatan.
Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak.
Pusat jalan raya di Sarawak menghubungkan Kuching dengan bandar seperti Sibu, Bintulu, Lubuk Antu, dan Simanggang. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.
Pusat pelabuhan utama Sarawak - Pending pelabuhan impot dan ekspot - getah, lada hitam, sagu, dan kayu balak.
Pusat perindustrian - Pending dan Sejingkat.
Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment